Thursday, January 6, 2011

Kalau awalnya...

cegu dah lega, skarang cegu dah agak tak selesa.

4 Jan 2010 - Semua cegu sekolah dapat jadual baru, yg asalnya cegu mengajar Math Tahun 3, 4 & 6 sudah bertukar menjadi Tahun 1, 4 & 6. Ya Allah, ujian bertambah cegu rasakan. Tahun 1 sekarang mula mempraktikkan Pentaksiran yg mana dalam masa yg sama meneruskan Program Linus. Cegu rasa terbeban dari segi penyelenggaraannya bukan pada sesi pengajaran & pembelajaran. Apa boleh buat rayuan cegu untuk meringkankan amanah dibawa berbincang dalam mesyuarat panitia masih tidak dapat merubah apa² melainkan menanti kedatangan GSTT ke sekolah.

Terima kasih, ada yang cakap cegu mampu sebab sekarang pengajaran Matematik Tahun 1 sudah ditukarkan ke dalam Bahasa Malaysia.Sebenarnya bukan masalah bahasa yang memberat di pundak ini (alahai ayat ...tak tahan.ekekek..), ini masalah penyelenggaraan.....cegu juga ajar thn UPSR, dan agak kurang relevan dlm sebuah sekolah yang mempunyai guru seramai 50+, guru yang sama mengajar Tahun 6 & Tahun 1. Andainya berlaku di sekolah² kecil, yang memerlukan tenaga kerja yang banyak berbanding bilangan guru yang sedikit, ianya adalah normal. (ini komen sorang member cegu yg pernah sekolah kecil, cegu pernah gak...tp sempat 20 hari je...)

Erm.....apa² cegu cuba...setakat termampu..insyaAllah.
"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau berilah kemampuan kepada diri ini. Kau bukakanlah hati anak² muridku agar mudah menerima pengajaranku dan berakhlak dengan akhlak yang tidak menyakiti hatiku, berilah kejayaan kepada kami semua. Berkatilah usaha ini. Amiin."

No comments: