jadi guru kelas 6 Cemerlang 2011.
Patutla cegu rasa suspen sangat nak tunggu sesi persekolahan 2011. Rupanya lebih mencabar amanah dan tanggungjawab. Sebagai intro cegu ceritakan dulu kedudukan 6 Cemerlang.
Semenjak 2009 (tahun cegu posting), sekolah cegu tak letakkan murid dalam kelas 'streaming'. Cegu kena pegang kelas 6 Gemilang, ajar subjek Mathematics. Agak cuak jugak sebabnya cegu bukan option Math, tp memang cegu minat Math, bila dah mula mengajar, berkongsi segala pengalaman dengan guru senior, alhamdulillah cegu dah jatuh cinta dengan title 'Guru Math', dan seandainya rezeki cegu di sekolah lain suatu masa nanti cegu sangat² berbesar hati untuk mengajar Math. ....eh dah melalut, nak cerita pasal 6 C kan tadi...ehee... pendek kalam cegu dah merasa ngajar tahun 6 dan jugak pegang kelas tahun 6....agak tough jugak la kan, (bg cegu yg masih bertatih nih) tp biasa la enjoy ja..seronok bila tengok result UPSR kluar. (^_^)
Ok.
Tahun 2010, sekolah cegu dah wat 'streaming', kelas pertama Cemerlang, diikuti Gemilang dan Terbilang. Tahun ni cegu tak pegang kelas tahap 2. Yang streaming tu hanya kelas tahap 2, cegu pegang kelas 2 Cemerlang. Budak² baik....alhamdulillah, ketua kelas juga sangat berdedikasi, dan tahap kematangan sesetengah drpd mereka melebihi usia 8 tahun. Cegu jugak mengajar Math tahun 6 Cemerlang. Alhamdulillah, seronok mengajar diorang, cegu suka mengajar orang yg hendak belajar. Kadang² bila cegu ulang benda yang simple² cegu nampak muka 2 3 org yg dah 'agak expert' mula tunjuk muka boring, tak kesah la...sebab majoriti masih rabun² ayam...heee....alhamdulillah daripada 30 org kelas tu, 24 org dapat A dan seorang yang pernah sekali ja dalam ujian lulus, dia dapat C dalam UPSR 2010 bagi subjek Math. Syukur kpd-Nya, dgn usaha tidak henti semua pihak, rasa gembira di hati cegu. Segala pujian kembali kepada Dia Yang Maha Terpuji. Tapi seblum nak dapat result tu, ada lawatan PPD, lawatan itu lawatan ini, klu dlm 'meeting' UPSR, mula² kena soal selidik semua 6C lah...sebab kelas nombor satu, diikuti 6 G dan 6 T. Cegu pun nampak agak 'bersilat' jugak la guru kelas 6C.
*isi penting: cegu tau GK 6C pasti 'bersilat'
Jeng..jeng!...
2011 punya sesi, cegu dengar khabar je ni, cegu snd tak tengok lagi, sbb cegu kembali ke daerah bertugas lambat sket....fana mesej cakap cegu jadi GK (guru kelas) 6 Cemerlang..debuk!...gitu rasa terkejut....ohoho....Kak U jugak memberi khabar berita yg sama (aiseh, macam serius gilerr...) ehee..macam² dlm kepala cegu nih...cegu duk preview blk apa GK thn lepas buat, kena tanya dengan guru² subjek lain prestasi anak² murid, parents, PPD, n sudah tentu pihak sekolah sendiri. Dan sedia maklum murid² kelas 6C ni parents nya boley tahan....kang nanti cegu khenyeh je la cam slalu...ehehe....cegu klu bab org tanya 'bagaimana?' cegu susah nak cakap, cegu suka spontanious....klu budak tanya lain laa...bley terang jln kira Math tuh...ermm....apa² pun, utk tak rasa terbeban....kita buat setakat mana yg termampu, bykkan doa...insyaAllah ada keberkatannya di situ. Cegu selalu pesan kat anak murid, dan dalam masa yg sama memperingati diri cegu ni jugak, jaga akhlak kita, buat bersungguh²...insyaAllah Allah akan bantu kita, ada keberkatannya....insyaAllah.
Ok, cukup la dulu cegu menari² tangan kat keyboard laptop nih...cegu kat surau KKIA terminal 2 ni, baru sampai KK dlm 11.00PM lebey mlm tadi...kui 1.00pm ni baru betolak balik Lawas dgn van Miss Lau. Selesa jugak dgn dia...rileks..tak gaduh nak kena di'interview' byk², dia layan 'slow rock' dia jeh...ehe...umah pun suspen ni, sebulan lebih tinggal...kak U kata bersepah kat belakang...ohoho...si Putih pun apa khabar dia...k.....tata.!
~seadanya. (^_^)♥
No comments:
Post a Comment